
Madrasah Al-Quran Wal Arabiyyah (MAWAR) ialah sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan nombor pendaftaran JAIPP/PEND/04.M.002 dan turut berdaftar dengan Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA). MAWAR menawarkan satu bentuk kurikulum semiintegrasi Tahfiz dan Akademik untuk anak-anak yang berminat untuk mendalami ilmu Al-Quran dan Akademik seawal usia 12 tahun ke atas. MAWAR tidak meletakkan sebarang kelayakan khusus kepada para pelajar di mana pihak MAWAR sedia mendidik sekali pun anak-anak tidak mampu membaca Al-Quran. Oleh itu, tiada temuduga kelayakan diadakan namun anak-anak perlulah berminat untuk menghafaz Al-Quran dan mempunyai sahsiah yang baik.
MAWAR juga amat menekankan pendidikan secara menyeluruh dan seimbang iaitu sahsiah, akademik dan spiritual diterapkan secara beriringan. Pelajar yang berkualiti bukan dinilai melalui kejayaan akademik semata-mata, sahsiah terpuji dan kekuatan rohani turut menjadi ukuran supaya anak-anak menjadi insan berprinsip dan mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Secara keseluruhannya, pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
👉 TAHFIZ
👉 AKADEMIK
Tingkatan 1, 2, 3
Subjek: Al-Quran, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Geografi - Pentaksiran & Peperiksaan: PBD, SEGAK, PAJSK, UPSA, UASA
Tingkatan 4, 5
Subjek: Al-Quran, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Bahasa Arab, Pend. Al-Quran & As-Sunnah, Pend. Syariah Islamiah - Pentaksiran & Peperiksaan: PBD, SEGAK, PAJSK, UPSA, UASA, SPM
👉 KOKURIKULUM
Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) - Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) - Kelab Bahasa, Kelab Inovasi & Reka cipta, Kelab Keceriaan, Kelab Kebudayaan, Kelab STEM-Q - Bola Jaring, Bola Sepak, Badminton, Sepak Takraw
👉 USRAH
Usrah berkumpulan dipimpin oleh naqib dan naqibah (guru) setiap hari Jumaat dengan pengisian yang mencakupi bidang Sirah, Hadis, Feqah dan lain-lain lagi