Setibanya anak-anak MAWAR di Kem Palas, Titi Hayun pada jam 10 pagi, suasana terus hidup dengan aktiviti yang disusun dari pagi hingga ke malam. Bermula dengan ice-breaking, diteruskan dengan jungle trekking, diikuti latihan bantu mula dan akhirnya latihan ketahanan diri yang menguji semangat serta kekuatan mereka.
Program ini menjadi wadah membina sahsiah, memperkukuh ukhuwah serta melatih ketahanan diri pelajar dalam suasana penuh cabaran. Semoga pengalaman ini menjadi bekalan berharga untuk melahirkan generasi berjiwa kental dan berakhlak mulia.




