Ujian Bertulis
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
SPM 2025
25 November - 23 Disember 2025
Dari Anas bin Malik r.a., beliau berkata bahawa, Nabi ﷺ bersabda:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا
Maksudnya, "Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah." (Riwayat Ibnu Hibban)
Semoga diberi ketenangan, kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.
DOA KHAS UNTUK ANAK-ANAK PELAJAR SPM 2025
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِقَدْرِ حُبِّكَ فِيهِ، وَزِدْنَا يَا مَوْلَانَا حُبًّا فِيهِ، وَبِجَاهِهِ عِنْدَكَ فَرِّجْ عَنَّا مَا نَحْنُ فِيهِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
“Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dengan kadar kasih sayang-Mu kepadanya. Tambahkanlah juga, wahai Tuhan kami, kecintaan kami kepadanya. Dan dengan kemuliaannya di sisi-Mu, lapangkanlah daripada kami segala kesusahan yang sedang kami hadapi. Serta limpahkanlah selawat dan salam ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya.”
YA ALLAH TUHAN YANG MAHA BERKUASA,
Lapangkanlah dada anak-anak kami yang bakal menghadapi peperiksaan SPM yang bermula hari ini. Permudahkanlah mereka menjawab setiap soalan yang diajukan. Leraikanlah segala kekusutan dan keresahan dalam diri mereka, sebaliknya kurniakanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati dan pemikiran mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan yang dikehendaki.
YA ALLAH TUHAN YANG MAHA PERKASA,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang bakal memeriksa kertas jawapan anak-anak kami kelak. Lorongkanlah hati mereka untuk memberi markah yang tinggi dan terbaik kepada anak anak kami. Dengan iradah dan inayahMu Ya Allah! Kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak kami dalam SPM ini, agar mereka dapat menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang yang bermanfat.
Berkatilah dan rahmatilah guru-guru dan murabbi mereka yang telah banyak menyumbangkan kudrat dan ilmu bermanfaat buat mereka. Jadikanlah ilmu tersebut berguna untuk diri mereka dan ummah masa depan!
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيمًا كثيرا دَائِما إِلَى يَوْم الدّين.






